Rumah Chris Hemsworth Dipecah Masuk Empat Suspek, Tiga Kenderaan Dilarikan!

16 Nov 2026 • 5:16 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Rumah Chris Hemsworth Dipecah Masuk Empat Suspek, Tiga Kenderaan Dilarikan!

Kediaman pelakon Hollywood terkenal, Chris Hemsworth di Australia dilaporkan menjadi sasaran pecah masuk apabila empat individu yang tidak dikenali disyaki menceroboh hartanah berkenaan sebelum melarikan tiga buah kenderaan.Insiden yang berlaku pada Rabu lalu di kawasan Broken Head, New South Wales itu mencetuskan perhatian, memandangkan kediaman tersebut dikaitkan dengan bintang filem Thor berkenaan.Memetik laporan ABC News dan The Sun Malaysia, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.Menurut Polis New South Wales, empat individu yang tidak dikenali dipercayai memasuki kawasan hartanah tersebut dan melarikan tiga buah kenderaan.Tiga Kenderaan Berjaya Ditemukan SemulaSusulan laporan berkenaan, pihak polis segera menetapkan kawasan kejadian sebagai lokasi siasatan jenayah.Dalam perkembangan terbaharu, dua daripada tiga kenderaan yang dilarikan berjaya ditemukan semula.Sebuah lagi kenderaan turut berjaya dikesan pada Khamis lalu.Menurut pihak berkuasa, kenderaan ketiga itu telah disita bagi membolehkan pemeriksaan forensik dijalankan sebagai sebahagian daripada siasatan.Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan jenis atau nilai kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut.Tiada Kecederaan DilaporkanWalaupun kejadian melibatkan pencerobohan dan kehilangan tiga kenderaan, pihak polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.Setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai sama ada Chris atau ahli keluarganya berada di kediaman tersebut ketika kejadian berlaku.Identiti empat individu yang disyaki terlibat juga belum didedahkan oleh pihak berkuasa.Sementara itu, wakil Chris dilaporkan masih belum memberikan sebarang maklum balas ketika dihubungi ABC News untuk mendapatkan komen mengenai kejadian tersebut.Chris yang terkenal menerusi watak Thor dalam Marvel Cinematic Universe merupakan antara pelakon Australia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.Kes pecah masuk berkenaan kini masih dalam siasatan Polis New South Wales.Sumber: ABC News dan The Sun Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved