‘Rumah tangga kami sudah tidak boleh diselesaikan’ – Syida Melvin

EntertainmentLifestyle
7 Aug 2026 • 1:42 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

‘Rumah tangga kami sudah tidak boleh diselesaikan’ – Syida Melvin

SHAH ALAM – Prosiding lafaz cerai melibatkan pelakon dan usahawan, Syida Melvin, ditangguhkan ke 12 Ogos selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dimaklumkan bahawa plaintif berada dalam keadaan tidak suci, sekali gus menyebabkan lafaz cerai tidak dapat diteruskan pada Khamis.

Bagaimanapun, peguam mewakili Syida, Nurul Jamaliah, berkata perkembangan positif dicapai apabila pihak defendan, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, telah menyatakan persetujuan untuk melafazkan cerai.

Alhamdulillah hari ini kita sudah selesaikan laporan JKP, tetapi pihak defendan telah mengutarakan pendirian bahawa dia bersetuju untuk melafazkan cerai. Namun, kes ini terpaksa ditangguhkan pada 12 Ogos kerana Syida dalam keadaan tidak suci (haid). Alhamdulillah kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya.

Dalam pada itu, Syida mengakui dia tidak pernah menyangka rumah tangga yang dibina selama hampir tujuh tahun akan berakhir dengan perpisahan, namun menerima segala yang berlaku sebagai ketentuan Allah SWT.

Saya pun tak sangka perkara ini akan berlaku tetapi semuanya sudah tertulis. Bagi saya, rumah tangga kami sudah tidak boleh diselesaikan. Lama juga saya simpan rahsia ini, tapi lama-kelamaan saya tidak mampu untuk terus berahsia,” katanya.

Menurut Syida lagi, perkongsian yang pernah dimuat naik di media sosial sebelum ini dibuat dalam keadaan emosinya terganggu selepas melalui pelbagai dugaan bersama anak-anak.

Mungkin isu yang viral tempoh hari adalah kerana emosi sebab mengenangkan apa yang berlaku pada saya dan anak-anak,” ujarnya.

Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Perkara itu disahkan oleh peguamnya yang memaklumkan prosiding berkaitan rumah tangga pasangan tersebut sedang berjalan mengikut proses mahkamah.

Untuk rekod, Syida atau nama penuhnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. Syafiq Azim juga merupakan anak kepada Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid yang dikenali sebagai “Iron Lady Malaysia”.

The post ‘Rumah tangga kami sudah tidak boleh diselesaikan’ – Syida Melvin appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved