Pelakon dan usahawan, Syida Melvin sekali lagi berkongsi mengenai kemelut yang didakwa berlaku antara dirinya dan bekas suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen.
Tanpa menyebut nama individu berkenaan, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 30, mendakwa dia terpaksa berdepan dengan individu yang disifatkannya sebagai bersikap narsisistik dan manipulatif.
Advertisement
Menurut Syida, dia turut mengambil keputusan untuk berdiam diri selepas dinasihati supaya tidak membalas sebarang kenyataan berkaitan masalah keluarga mereka secara terbuka.
“Rupanya dah dicanang sampai ke balai polis yang kita aniaya dia selama ini. Jadi, orang nampak kita ini yang jahat.”
Malah, Syida mendakwa bekas suaminya masih enggan keluar dari rumah kelamin mereka walaupun mereka telah bercerai.
“Saya keluar dari rumah itu sebab tekanan mental duduk situ lama-lama. Sejak fail cerai, saya keluar sebab dia tak nak keluar.”
Syida Dakwa Terpaksa Bayar Tunggakan RM20,000
Syida turut mendakwa dia pernah meminta bekas suaminya mengosongkan rumah tersebut selepas perceraian bagi memberikan ruang kepadanya dan anak-anak sementara segala urusan tuntutan diselesaikan.
View this post on Instagram
“Bila dah cerai, saya minta dia keluar pada 30 Ogos ini. Beri ruang saya dan anak-anak duduk di situ sementara semua tuntutan selesai. Dia tetap tak nak keluar dan tak habis-habis suruh saya dapatkan perintah mahkamah.”
Lebih mengejutkan, Syida mendakwa bekas suaminya sengaja tidak menjelaskan bayaran tertentu sehingga menyebabkan tunggakan selama tiga bulan.
View this post on Instagram
“Dia duduk seorang di rumah itu sepanjang kes cerai berjalan, sengaja tak bayar sebab nak susahkan saya. Tiga bulan tertunggak, akhirnya saya yang bayar RM20,000 lebih semata-mata untuk dia duduk seorang,” luahnya.
Anak-Anak Didakwa Tidak Bersekolah Hampir Lima Bulan
Dalam perkongsian sama, Syida turut mendakwa anak-anaknya terpaksa berpindah-randah sehingga menjejaskan persekolahan mereka.
“Anak-anak tak sekolah dah hampir lima bulan sebab kena merempat merata-rata, langsung dia tak fikir,” kongsinya.
Untuk rekod, Syida dan Syafiq Azim, 37, sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Netizen Pertikai Pemilihan 'Bridesmaid' Majlis Kahwin Bella Astillah - "Kena Tunjuk Satu Dunia Ke?"
The post “Rumah Tu Atas Nama Saya, Tapi Dia Enggan Keluar” – Pelakon Wanita Akui ‘Mental Abuse’ Sikap Bekas Suami, Anak-Anak Terabai Persekolahan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






