
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit drama, Datuk A. Aida, 56, menegaskan dia belum bersedia untuk berkongsi mengenai desas desus yang kononnya dia sudah kembali berumah tangga.
A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang memaklumkan perkara itu hanya akan diketahui pada sidang media yang diadakan nanti.
“Ya Allah, siapa yang cerita. Kalau setakat RM10 juta itu, ramai sahaja yang nak bagi.
“Doakanlah saya diberi jodoh macam itu. Nanti saya akan anjurkan sidang media mengenainya,” katanya.
Terdahulu wang hantaran berjumlah RM10 juta yang tertera nama A. Aida tular dan hangat diperkatakan di media sosial.
Pemilik A. aida production dalam pada itu memaklumkan dia tidak tahu menahu mengenai penularan wang hantaran berkenaan.
“Ramai yang bertanya mengenai perkara ini, saya tak boleh bercakap mengenainya lagi.
“Saya akan umumkan menerusi sidang media nanti,” katanya.
Pada 25 April 2019, A Aida bercerai talak satu selepas 10 bulan berkahwin kali keempat dengan pelakon, Ariff Aziz.
A Aida juga sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 27, dan Wan Azevanatassha, 22.
Wanita cekal ini seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis pada 2007 dan bercerai pada 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 15.
The post A. Aida berteka teki soal hantaran RM10 juta appeared first on Utusan Malaysia.






