UMNO mengesahkan segala proses pembayaran kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memenuhi syarat tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak telah diselesaikan pagi ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata jumlah kutipan melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu bagi membantu bekas Presiden UMNO itu sudah mencapai sasaran dan mencukupi.
Advertisement
Perkara itu turut disahkan peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee, yang memaklumkan bekas Perdana Menteri itu telah selesai menjelaskan denda RM50 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Ya, sudah bayar,” katanya ringkas.
Peguam Najib Tunggu Surat Perintah Pembebasan
Muhammad Farhan tiba di mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi dengan membawa beg hitam berkunci bagi menyelesaikan urusan pembayaran serta melengkapkan prosedur pentadbiran yang diperlukan.
Beliau berkata, pihaknya kini menunggu surat perintah pembebasan tahanan yang akan diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia.
View this post on Instagram
Pembayaran denda berkenaan merupakan antara syarat pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 September lalu, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Najib Terima Pengurangan Hukuman Pada 2024
Keputusan pengampunan bersyarat itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.
Najib, 73, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Najib dan mengekalkan sabitan serta hukuman berkenaan. Beliau kemudian mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada hari yang sama.
Najib kemudiannya mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022.
Permohonan tersebut dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024.
Pada 2 Februari 2024, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Dengan pembayaran RM50 juta yang kini disahkan selesai, pihak Najib seterusnya menunggu proses pentadbiran dan surat perintah yang diperlukan bagi pelaksanaan tahanan di rumah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rosmah Mansor Tidak Tahu Tentang Rancangan Bayar Denda RM50 Juta Najib - "Saya Tak Dimaklumkan Tentang Itu"
The post UMNO Sahkan Sudah Bayar Denda RM50 Juta Untuk Najib Razak, Ramai Tumpu Langgak Duta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






