Rundingan Besiktas, Salah buntu

FootballSports
29 Jul 2026 • 7:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rundingan Besiktas, Salah buntu

ISTANBUL: Pengarah Besiktas, Onder Ozen mendakwa kelab berkenaan menamatkan rundingan untuk mendapatkan khidmat legenda Liverpool, Mohamed Salah.

Bintang Mesir itu sebelum ini dihubungi Besiktas dengan presiden kelab, Serdal Adali memaklumkan kepada media Turkiye mereka sedang menunggu keputusan muktamad daripada pemain itu.

Bagaimanapun, Besiktas dilaporkan menghentikan rundingan selepas proses perbincangan menemui jalan buntu.

Ozen berkata, wakil Salah dipercayai sedang berbincang dengan sebuah lagi kelab, namun menegaskan tawaran terakhir Besiktas masih kekal sekiranya mereka mahu menyambung semula rundingan.

“Kami menghubungi Salah dan ia turut membabitkan model pembiayaan. Salah adalah bintang bertaraf dunia dan atlet yang sangat dihormati.

“Kami bertemu dengannya sebanyak tiga kali sebelum aspek kewangan dibincangkan. Sehingga ke tahap itu semuanya berjalan lancar. Namun apabila perbincangan memasuki aspek kewangan, keadaan mula perlahan sejak 21 Julai.

“Permintaan yang diterima selepas itu mengganggu aliran maklumat dan menyebabkan rundingan kewangan menemui jalan buntu. Saya percaya seorang atlet yang dihormati seperti Salah sendiri mungkin tidak menyedari perkara itu.

“Kelab mempunyai dasar tersendiri dan kami tidak akan menyimpang daripada dasar itu. Presiden kami sudah menjelaskan pendiriannya dan beliau tetap dengan keputusan berkenaan.

“Saya tidak boleh berkata ya atau tidak. Tawaran Besiktas dibuat mengikut syarat kami sendiri dan ia sudah jelas. Jika ada maklum balas terhadap tawaran itu, kami akan menilainya.

“Namun, Besiktas tidak akan mengemukakan tawaran baharu. Mereka memaklumkan sedang berbincang dengan sebuah lagi kelab dan mungkin akan mencapai persetujuan di sana.

“Tawaran terakhir yang kami buat kepada Salah adalah tawaran muktamad yang tidak menjejaskan identiti Besiktas sebagai sebuah kelab,” katanya.

Salah, 34, turut dilaporkan menerima beberapa tawaran lain termasuk daripada Major League Soccer (MLS), dengan Sporting Kansas City dikatakan mengemukakan kontrak lumayan selama dua tahun. – AGENSI/UTUSAN

The post Rundingan Besiktas, Salah buntu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved