RUU Berkaitan Edagang Bakal Dibentangkan Pada Awal 2027

LocalBusiness & Finance
18 Oct 2026 • 9:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RUU Berkaitan Edagang Bakal Dibentangkan Pada Awal 2027

Kerajaan sedia menyatakan akan membentangkan sebuah akta baharu memfokuskan kepada kawal selia berkaitan dengan edagang. Menyentuh mengenainya, kini ia dikongsikan Rang Undang Undang (RUU) Edagang ini akan dibentangkan di Parlimen pada mesyuarat pertama 2027 kelak.

Akta berkenaan kelak dijangka akan memperkukuh lagi urusan kawal selia melibatkan urus niaga atas-talian. Buat masa ini, draf awal RUU berkenaan sedang melalui proses penambah-baikkan sebelum ia dibentangkan kelak.

Akta ini juga dijangka akan memperkukuh lagi tanggungjawab dan akauntabiliti sesuatu platform dan penjual secara atas-talian. Pembentangan akta ini juga hadir selari dengan perkembangan arena edagang dengan pesat kebelakangan ini, disamping pelbagai aduan daripada pengguna dan penjual melalui sejumlah platform atas talian pada hari ini.

Perincian lanjut berkaitan akta ini dijangka akan diketahui dalam masa beberapa bulan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved