Kementerian Ekonomi bentang RUU banteras amalan ‘Ali Baba’ tahun depan

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 10:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kementerian Ekonomi bentang RUU banteras amalan ‘Ali Baba’ tahun depan
Akmal Nasrullah berkata, langkah itu dibuat bagi membanteras amalan yang boleh menjejaskan kecekapan pasaran.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan antirent-seeking atau konsep 'Ali Baba dijadualkan dibentang di Parlimen tahun depan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketika ini kajian bagi menyediakan kerangka kawal selia sedang dilaksanakan.

Menurutnya, pindaan perundangan itu dibuat bagi membanteras amalan yang boleh menjejaskan kecekapan pasaran, mewujudkan persaingan tidak adil serta membantutkan pertumbuhan produktiviti negara. 

“Kajian Kementerian Ekonomi mendapati terdapat Undang-undang Kecil (UUK) sedia ada di peringkat PBT yang terkait dengan aktiviti Ali Baba khususnya berkaitan dengan larangan pemindahan lesendi peringkat pihak  berkuasa tempatan (PBT). 

“Walaubagaimanapun, terdapat kekangan dalam undang-undang sedia ada yang dilihat tidak mampu membendung amalan rent-seeking.

“Kajian yang sama juga menunjukkan isu rent-seeking berupaya menjejaskan kecekapan sosio ekonomi negara disebabkan ketirisan di dalam pemberian lesen, kontrak, kemudahan dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai status perkembangan terkini bagi penggubalan rang undang-undang berkaitan antirent-seeking.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, daripada segi skop, cadangan kawal selia rent-seeking akan merangkumi pembangunan dasar, strategi dan inisiatif yang lebih komprehensif bagi menangani amalan tersebut secara berkesan.

Jelasnya, antara pendekatan yang sedang diteliti ialah penggubalan undang-undang baharu khusus berkaitan anti rent-seeking atau pindaan kepada peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan.

Katanya, perkara tersebut bergantung pada hasil kajian dan proses penyelarasan antara pihak berkepentingan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved