RXZ Members: Polis siasat dakwaan jual air ketum di R&R Paka

1 Aug 2026 • 6:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RXZ Members: Polis siasat dakwaan jual air ketum di R&R Paka

KUALA TERENGGANU: Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan air ketum secara terbuka di kawasan susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka, di sini, yang tular menerusi dua rakaman video dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Abdul Halim Nik Mat berkata, polia menerima satu laporan berkaitan rakaman berkenaan yang memaparkan aktiviti disyaki penjualan air ketum di lokasi tersebut dari arah Kemaman menghala ke Kuala Terengganu.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku ketika berlangsungnya program RXZ Members 8.0 dengan lokasi berkenaan adalah laluan utama peserta menuju ke tapak penganjuran program.

“Susulan maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dungun digerakkan ke lokasi kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati tiada lagi aktiviti penjualan seperti yang dipaparkan dalam rakaman video berkenaan,” katanya di sini.

Nik Abdul Halim berkata, Polis Daerah Dungun memandang serius sebarang aktiviti penjualan atau penyalahgunaan air ketum dan apa-apa barang terlarang, termasuk penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, katanya, pemantauan serta penguatkuasaan akan terus dipergiatkan khususnya di lokasi tumpuan orang ramai dan sepanjang penganjuran program berskala besar.

“Jika terdapat sebarang tangkapan dan rampasan, kes boleh disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

 

The post RXZ Members: Polis siasat dakwaan jual air ketum di R&R Paka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved