‘S Line’ Raih Jumlah Penonton Tertinggi, Pelanggan Wavve Terus Naik Mendadak

EntertainmentLifestyle
20 Jul 2025 • 11:30 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai kan yang tengah layan drama “S Line” sekarang?

Diterajui Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee dan Arin Oh My Girl, drama ini mengikuti dunia di mana hubungan seksual antara individu boleh dilihat sebagai garisan merah oleh sesetengah orang, mencetuskan pelbagai konflik dan drama di sekeliling mereka.

Sebaik sahaja dilancarkan, drama asal Wavve itu terus menjadi pilihan utama, menduduki tempat pertama dalam jumlah pelanggan berbayar baharu dan jumlah penonton tertinggi kini.

image is not available

Bukan itu sahaja, pada hari keluarannya juga, “S Line” terus menjadi kata kunci paling tinggi menerusi laman Naver, membuktikan sambutan hangat yang diterima dari penonton.

Sementara itu, “S Line” hanya mempunyai sejumlah 6 episod secara keseluruhan dan 2 episod terakhir akan disiarkan pada 25 Julai nanti.

Memang rugi siapa tak layan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved