‘Sabah ada kuasa penuh tentukan kemasukan individu’

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kemasukan individu ke negeri ini, termasuk isu yang dibangkitkan oleh Albert Tei.

“Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan siapa yang boleh masuk ke Sabah atau tidak.

“Tetapi tindakan hanya diambil setelah menerima laporan dan maklumat lengkap daripada pihak keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kedai Jujur 2025 di SK Mutiara, di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai 13 mangsa yang terkorban dalam kejadian bencana banjir dan tanah runtuh sebelum ini, beliau berkata sama ada mereka layak menerima manfaat daripada Skim Insurans Rakyat Sabah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, masih dalam semakan.

“Saya sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menyalurkan bantuan berkaitan kematian daripada skim insurans tersebut. Jadi, saya akan semak dan pastikan sama ada mereka layak atau tidak,” katanya.

Menurutnya, walaupun keputusan mengenai skim insurans itu masih diteliti, Kerajaan telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga mangsa.

“Daripada pihak Kerajaan, kita sudah pun memberi bantuan melalui Yayasan Kebajikan Sabah, iaitu RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyalurkan RM10,000,” jelasnya.

Beliau menambah siasatan lanjut akan dibuat bagi memastikan sama ada skim insurans itu turut meliputi mangsa kejadian berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved