Sabah perkasa pengurusan konflik manusia-buaya berasaskan sains

LocalEnvironment
25 Jul 2026 • 5:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sabah perkasa pengurusan konflik manusia-buaya berasaskan sains

Kerajaan Sabah memperkukuh pengurusan konflik antara manusia dan buaya menerusi pendekatan berasaskan sains serta pengurusan bersepadu berbanding menubuhkan pasukan khas tetap di sepanjang sungai.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata Kerajaan Negeri melalui kementeriannya serta Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) telah melaksanakan langkah segera di kawasan berisiko tinggi selain merangka strategi jangka panjang berasaskan sains, pengurusan risiko dan kerjasama antara agensi.

“Pendekatan yang dilaksanakan di Sabah adalah berdasarkan lokasi dan tahap risiko yang dikenal pasti,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Junz Wong (Warisan-Tanjung Aru) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah.

Menurutnya pendekatan bersepadu itu membolehkan sumber, kepakaran dan tenaga kerja digerakkan secara lebih fleksibel mengikut keperluan operasi di kawasan sungai, muara dan pesisir pantai yang luas di seluruh negeri.

Beliau berkata sejak 2023 Kerajaan Negeri memperkukuh usaha mitigasi melalui penubuhan Jawatankuasa Operasi Mitigasi Buaya Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.

Katanya jawatankuasa itu melibatkan Jabatan Hidupan Liar Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi menyelaras operasi, perkongsian maklumat serta tindakan pantas terhadap insiden di kawasan berisiko tinggi.

Antara langkah yang telah dilaksanakan termasuk operasi bersepadu, pengurusan buaya berisiko tinggi berdasarkan penilaian Jabatan Hidupan Liar Sabah dan peruntukan undang-undang sedia ada, program kesedaran awam, pemasangan papan tanda amaran serta kerjasama teknikal dengan pakar berkaitan bagi mengurangkan konflik manusia dan buaya.

Dr Andi berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Kerajaan Negeri turut memberi keutamaan kepada pengurusan konflik hidupan liar secara menyeluruh melibatkan buaya, gajah, monyet dan spesies lain melalui pemantauan berterusan, penyelidikan saintifik, penyertaan komuniti serta pengukuhan keupayaan pelaksanaan bagi memastikan pengurusan konflik yang lebih mampan dan berkesan.

Menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong yang mencadangkan penubuhan muzium buaya dan menggalakkan penternakan buaya secara komersial, beliau berkata lesen serta permit boleh dikeluarkan bagi pemburuan buaya secara terkawal di kawasan yang dikenal pasti memerlukan pengurangan populasi, tertakluk kepada peruntukan undang-undang.

“Kita mengambil maklum mengenai pasaran dan potensi penggunaan daging buaya, namun di Sabah dan Malaysia ia masih kurang mendapat perhatian disebabkan faktor budaya.

“Cadangan mewujudkan muzium buaya adalah baik namun kementerian juga sedang meneliti penubuhan sebuah santuari kerana kita tidak menggalakkan konsep zoo yang mengurung haiwan, sebaliknya santuari membolehkan hidupan liar kekal di habitat semula jadi. Cadangan itu akan dinilai oleh kementerian,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved