Sabah sedia pelbagai kursus bantu B40 jana pendapatan

LocalBusiness & Finance
23 Oct 2026 • 5:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sabah sedia pelbagai kursus bantu B40 jana pendapatan

BEAUFORT: Kerajaan Sabah menyediakan pelbagai peluang latihan kemahiran, bimbingan keusahawanan dan bantuan permulaan perniagaan menerusi agensinya bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40), termasuk belia, meningkatkan pendapatan serta memperkukuh ekonomi keluarga.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Ruslan Muharam, berkata peluang berkenaan merangkumi latihan kemahiran jangka pendek dan panjang dalam sektor pelancongan, pertanian serta perindustrian, selain latihan keusahawanan dan bimbingan mentor bagi membantu peserta membangunkan perniagaan.

Katanya, usaha itu turut disokong melalui penyediaan geran permulaan perniagaan serta peluasan akses pasaran menerusi karnival, ekspo dan program promosi bagi membantu usahawan memasarkan produk serta perkhidmatan mereka.

Menurutnya, kerjasama antara agensi kerajaan, institusi latihan dan sektor swasta juga dilaksanakan bagi memperluaskan lagi peluang latihan, penempatan pekerjaan serta pembangunan kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

“Antara bidang yang berpotensi menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan ialah pemprosesan makanan, pelancongan, pembinaan, logistik, akuakultur, perikanan, ekonomi digital dan industri kreatif.

Justeru, Sehubungan itu, beliau rakyat, khususnya golongan B40 harus memanfaatkan peluang latihan yang disediakan kerajaan untuk memperoleh kemahiran baharu dan membina sumber pendapatan tambahan untuk diri serta keluarga,” katanya selepas menyempurnakan Penutupan Kursus Dimsum dan Kerepek, di sini.

Bercakap mengenai kursus itu, Ruslan yang juga wakil rakyat Lumadan berkata, seramai 40 peserta terlibat dalam program anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama SNS Enterprise di Kilang Mee Aniq, Kampung Lumat.

Melalui kursus itu katanya, ia membuka peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menghasilkan makanan yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan keluarga sebelum dikembangkan sebagai produk perniagaan, sekali gus mampu menambah pendapatan.

“Apabila mereka sudah mahir, mereka boleh menghasilkan produk sendiri. Pada mulanya, produk itu boleh digunakan untuk keperluan keluarga. Selepas itu, jika ada kemampuan, mereka boleh mula memasarkannya untuk menjana pendapatan keluarga.”“Peserta yang mahu mengembangkan perniagaan boleh mendapatkan maklumat mengenai kemudahan dana termasuk pembiayaan daripada agensi berkaitan yang diwujudkan sama ada kerajaan negeri atau persekutuan.

“Justeru, penganjuran kursus seumpama ini adalah komitmen kerajaan melalui agensi yang turut bekerjasama dengan pihak swasta bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya di Sabah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved