Sabalenka cari penawar musim hambar

13 Aug 2026 • 3:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sabalenka cari penawar musim hambar

CINCINNATI: Pemain tenis Belarus, Aryna Sabalenka enggan menjadikan prestasi hambar sepanjang musim ini sebagai beban ketika turun memburu sentuhan terbaik pada Terbuka Cincinnati, sekali gus menjadikan kejohanan itu medan penting sebelum mempertahankan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Juara empat Grand Slam itu hadir sebagai pilihan utama di Cincinnati selepas sekadar terkandas di pusingan keempat Terbuka Toronto dan Wimbledon, selain belum meraih sebarang kejuaraan sejak menjuarai Terbuka Miami pada musim bunga lalu.

Namun, Sabalenka memilih pendekatan berbeza dengan menjauhkan diri seketika daripada tenis menerusi percutian di Mykonos bersama tunang serta anjing peliharaannya bagi mengembalikan kesegaran mental dan motivasi.

“Saya mahu menjauhkan diri daripada tenis untuk seketika supaya dapat menyegarkan fikiran, bermula semula dan kembali dengan rasa lapar untuk menang.

“Saya suka tempoh seperti ini kerana tiada jangkaan dan saya hanya akan turun beraksi, bersaing serta berjuang,” katanya.

Sabalenka yang memiliki rekod 21 kemenangan daripada 28 perlawanan di Cincinnati sebelum ini akan memulakan kempen pada pusingan kedua selepas menerima bye dan bakal berdepan pemenang antara pemain Australia, Talia Gibson atau seorang pemain kelayakan.

Pemain berusia 28 tahun itu turut mengakui dirinya tidak mahu terus dihantui kekecewaan sepanjang musim ini, sebaliknya mahu menumpukan sepenuhnya kepada apa yang mampu dilakukan di gelanggang.

“Setiap kali saya melihat kembali apa yang berlaku, saya menjadi sedikit gila dan emosi, jadi saya cuba kekal pada masa sekarang dan melakukan segala yang termampu.

“Saya datang ke musim panas dengan harapan yang sangat tinggi dan benar-benar mahu berjaya dalam kejohanan, tetapi badan saya menghalang dan beberapa perkara tidak menyebelahi saya,” katanya. – AGENSI

 

The post Sabalenka cari penawar musim hambar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved