Sabronzo didakwa kahwini DJ Dash Berlin, peminat ucap tahniah

EntertainmentLifestyle
25 Sep 2025 • 4:45 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Foto perkahwinan ala Barat dipercayai membabitkan anggota kumpulan Dolla, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, tular di media sosial sejak malam tadi.

Menerusi beberapa perkongsian, kelihatan seorang wanita menyerupai Sabronzo anggun mengenakan gaun pengantin putih yang mendedahkan bahu, tersenyum di sisi seorang jejaka dipercayai DJ terkenal, Dash Berlin, yang segak mengenakan sut krim.

Tularnya foto berkenaan pantas mencuri perhatian peminat yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah, walaupun masih berteka-teki mengenai kesahihan majlis tersebut.

Sebelum ini, Sabronzo pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan seorang DJ antarabangsa, namun beliau tidak pernah mengesahkan atau menafikan dakwaan tersebut.

Penyanyi itu lebih selesa menjaga privasi hal peribadi.

Tinjauan di laman sosial rasmi Sabronzo sehingga kini tidak menemukan sebarang kemas kini berkaitan majlis berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved