Tiada angin tiada ribut, kecoh di Threads apabila tular foto mirip anggota kumpulan Dolla, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, yang didakwa sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya.
Menerusi foto yang tular itu, Sabronzo kelihatan anggun mengenakan gaun putih sambil memegang tangan seorang lelaki di sisinya.
“Sabronzo Dolla sudah berkahwin. Tahniah,” tulis pengguna akaun berkenaan.
Individu itu turut mendakwa jejaka bertuah tersebut ialah DJ terkenal dari Belanda, Dash Berlin.
Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, pasangan berkenaan kononnya telah diraikan dalam sebuah majlis intim di Bali, Indonesia, yang hanya dihadiri rakan serta keluarga terdekat.
Betul ke dah kahwin?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak percaya dengan khabar itu, namun tidak kurang juga yang tetap mengucapkan tahniah buat penyanyi berkenaan.