SACC Dijenamakan Semula Sebagai Selangor International Trade Centre

LocalBusiness & Finance
13 Aug 2026 • 1:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

SACC Dijenamakan Semula Sebagai Selangor International Trade Centre

SHAH ALAM, 13 Ogos (Bernama) -- Shah Alam Convention Centre (SACC) dijenamakan semula secara rasmi kepada Selangor International Trade Centre (SITC) sebagai pelan pembangunan SA Sentral di Seksyen 14, yang bakal memacu transformasi dan peremajaan pusat bandar Shah Alam.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam kenyataan memaklumkan penjenamaan semula itu menandakan evolusi peranan pusat konvensyen berkenaan daripada sebuah lokasi penganjuran acara kepada hab perdagangan dan perniagaan lebih dinamik, berdaya saing serta berorientasikan masa hadapan.

Menerusi SITC, PKNS berhasrat mewujudkan sebuah platform bersepadu yang menghimpunkan usahawan, pemain industri, komuniti perniagaan dalam satu ekosistem, selain membuka ruang jaringan strategik, kerjasama rentas sempadan, inovasi komersial serta peluang pelaburan.

Baca juga:

Sebagai platform perdagangan utama di Selangor, SITC membawa aspirasi untuk menghubungkan perniagaan tempatan dengan pasaran serantau serta antarabangsa, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi selain memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi perniagaan dan pelaburan.

“Kedudukan strategik SITC dalam pembangunan SA Sentral turut diperkukuh menerusi peranannya sebagai sebahagian daripada ekosistem bandar yang mengintegrasikan komponen perniagaan, komersial, sosial dan komuniti di tengah-tengah Shah Alam.

“Seiring usaha peremajaan pusat bandar, PKNS turut merangka penjenamaan semula beberapa aset komersial dan komponen lain, khususnya di Seksyen 14.

“Setiap komponen akan diposisikan dengan identiti, karakter dan fungsi tersendiri bagi membentuk jenama SA Sentral yang lebih kukuh, tersusun dan saling melengkapi,” menurut kenyataan itu.

Transformasi SACC kepada SITC dijangka memperkukuh kedudukan SA Sentral sebagai mercu tanda baharu Shah Alam, selain meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi perniagaan, perdagangan, pelaburan dan aktiviti komuniti.

Penjenamaan SITC turut mencerminkan visi PKNS untuk memaksimumkan potensi aset strategiknya serta memperkukuh peranan Shah Alam dan Selangor dalam landskap perdagangan serantau dan antarabangsa.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved