
PETALING JAYA – Pempengaruh Spacedollah mendedahkan adiknya, Syed Saddiq berlatih melafazkan akad nikah sebanyak 99 kali sebelum majlis ijab kabul berlangsung.
Dalam masa sama, pemilik nama sebenar Syed Abdullah Syed Abdul Rahman itu menyambut baik kehadiran penyanyi Bella Astillah dalam keluarga mereka.
“Kepada Saddiq, saya tahu awak sedang gemuruh sebab awak baca lafaz akad nikah sebanyak 99 kali.
“Bella awak sangat baik kepada saya, hiraukan pendapat orang lain.
“Sebagai keluarga, kami terima awak, siapa diri awak hari ini dan sejak kenal awak,” katanya dalam sebuah video.
Selain itu, Spacedollah turut meluahkan rasa syukur kerana Saddiq bukan sahaja mendirikan rumah tangga tetapi turut menerima dua cahaya mata Bella, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
“Akhirnya kami gembira mereka berdua dah sah suami isteri. Dia bukan hanya kahwin dengan Bella tetapi dia dapat dua anak bijak iaitu Ayden dan Ara.
“Kepada Ara dan Ayden, kamu sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat hebat dan sekarang kamu ada bapa yang ‘outstanding’,” ujarnya.
Ditanya mengenai kegusaran yang diluahkan Saddiq sebelum majlis pernikahan, Spacedollah mendedahkan adiknya sengaja berlapar demi mahu kelihatan segak di atas pelamin.
“Dia tak cakap soal kerisauan, dia cuma lapar.
“Dia sengaja berlapar sebab dia nak nampak lebih tampan,”kongsinya.
Hari ini, Bella dan Saddiq selamat diijabkabul dengan sekali lafaz di Menara Merdeka 118.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan. – KOSMO! ONLINE
The post Saddiq gemuruh, berlatih lafaz akad nikah 99 kali – Spacedollah appeared first on Kosmo Online.






