Sah! ETS3 Dari KL Sentral -JB Beroperasi 12 Dis Ini

23 Nov 2025 • 11:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan KL Sentral-Johor Bahru akan beroperasi pada 12 Disember ini.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menurutnya, fokus awal operasi ETS3 itu adalah laluan Johor Bahru–Kuala Lumpur bagi memastikan kekerapan tinggi berbanding laluan lebih panjang.

"Kalau jarak itu terlalu panjang dan perkhidmatan terlalu panjang (sehingga ke utara), satu hari kami hanya boleh buat dua trip, satu naik dan satu turun.

image is not availableimage is not available

"Jadi, kalau perjalanan lebih pendek seperti Johor Bahru ke Kuala Lumpur, akan ada banyak kekerapan (tren)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Rel Kluang 2025 di Laman Rel Mahkota di sini hari ini.

Laluan ETS3 dari Kuala Lumpur ke Kluang dilancarkan pada Ogos lalu.