“Sah tercemar” – Peniaga Bazar Didakwa ‘Simpan’ Jualan Tak Habis, Tutup Dengan Kain Kanvas Sahaja

Entertainment
25 Mar 2025 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah video di media sosial kini tular dan telah membuatkan netizen rasa mual sekaligus marah dengan peniaga di satu bazar ini.

Video tersebut memperlihatkan satu tapak gerai makanan yang dipercayai dirakam pada waktu pagi, ketika gerai tersebut tidak beroperasi.

Namun, apa yang menarik tumpuan netizen apabila dipaparkan tapak gerak yang tidak beroperasi itu mempunyai makanan di dalamnya dan hanya ditutup dengan kain kanvas tanpa sebarang alas.

Ia membuatkan netizen tertanya-tanya sama ada ia makanan yang telah disediakan semalam dan tidak habis serta barangkali akan dijual pada hari berikutnya atau ia makanan yang sudah disediakan lebih awal.

Video tersebut telah mengundang kemarahan netizen kerana mereka bimbang dengan keadaan makanan yang hanya ditutup dengan kain kanvas.

Bahkan, ada netizen yang mendakwa di kawasan itu berkemungkinan terdapat haiwan perosak yang boleh menjejaskan makanan tersebut, sekaligus membawa bahaya kepada pembeli.

Menjengah ke ruang komen, ramai netizen yang mengecam tindakan peniaga tersebut kerana dianggap tiada etika. Malah ada yang menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lain-lain untuk turun padang menyerbu gerai tersebut.

image is not available image is not available

Harap lah makanan itu bukan untuk dijual, rasa kesian pula dekat pembeli.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.