
Pelumba wanita negara, Saidatul Zakirah, terus mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menaiki podium dalam kategori QSSP 300 di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar.
Kembali beraksi di bumi Qatar setahun kemudian, Zakirah membuktikan kematangannya di pentas antarabangsa. Berdepan barisan pelumba berpengalaman dan kompetitif dalam kejohanan berprestij ini bukanlah tugas mudah, namun keazaman tinggi dan fokus luar biasa membolehkan pelumba bernombor #88 itu tampil cemerlang di garisan penamat.
Zakirah menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa terbaik 2 minit 19.702 saat, hanya 12.9 saat di belakang pendahulu, selepas mengharungi pelbagai cabaran sebelum perlumbaan.
Keputusan Top 3 QSSP 300 (Lusail):
🥇 MAC (#25) – Masa terbaik 2’18.456
🥈 ELB (#12) – Masa terbaik 2’18.572
🥉 Saidatul Zakirah (#88) – Masa terbaik 2’19.702
Keazaman luar biasa dan semangat pantang menyerah yang ditunjukkan Zakirah membuktikan keupayaan pelumba wanita Malaysia untuk mencipta nama di pentas antarabangsa dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan.
Teruskan Bersama Two Wheels.!!



The post Saidatul Zakirah Gegar Qatar, Bawa Pulang Podium buat Malaysia! appeared first on TW Media.


