Sakau Dana Kuil RM 15 Juta, Sami Tular Kerana Dirakam Melakukan Hubungan S*ks

11 Sep 2026 • 3:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft sami

Seorang sami di sebuah kuil diraja di Thailand telah ditahan polis berhubung dengan dakwaan penyalahgunaan dana kuil bernilai lebih 92 juta baht (RM15 juta).

Lebih mengejutkan lagi, polis turut menemui rakaman CCTV yang didakwa menunjukkan sami tersebut melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Artikel berkaitan : Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dicab*l Sami Di Sebuah Kuil Di Sepang

Artikel berkaitan : Bengang Kalah Loteri, Lelaki Belasah Sami Sebab Nombor ‘Tak Kena’

20 transaksi atas nama kuil

Sami berumur 66 tahun yang dikenali sebagai Phra Wachirayan atau Luang Pho Atichot Dhammavaro itu ditahan kira-kira jam 6 pagi pada 10 September di tempat tinggalnya di Wat Phutthaisawan, Ayutthaya.

Menurut laporan The Thaiger, penahanannya dibuat berdasarkan waran yang dikeluarkan oleh Central Criminal Court for Corruption and Misconduct Cases Region 1 pada 8 September lepas.

Dia berdepan dengan beberapa pertuduhan termasuk salah guna harta orang awam, penyalahgunaan atau kecuaian tugas, salah laku sebagai pegawai kerajaan dan konspirasi untuk pengubahan wang haram serta pengubahan wang haram.

Menurut sumber, siasatan terhadap sami tersebut bermula selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kuil serta hubungannya dengan seorang wanita.

Screenshot 2026 09 11 143940

Polis mendakwa lebih 20 resit derma telah dikeluarkan atas nama kuil dalam tempoh lebih dua tahun. Tindakan itu didakwa menyebabkan kerugian melebihi 92 juta baht.

Sebahagian daripada wang kuil tersebut juga didakwa telah diseleweng untuk kegunaan peribadi sami berkenaan sebelum wang itu dipindahkan kepada seorang wanita yang rapat dengannya.

Menurut laporan, pemindahan tersebut dipercayai bertujuan untuk membantu menyembunyikan atau menukar bentuk aset berkenaan.

Wanita tersebut, Punyawee, 47, didakwa mempunyai hubungan romantik dengan sami berkenaan. Punyawee turut ditahan pada 10 September lepas dan berdepan pertuduhan berkaitan dakwaan membantu dalam penyelewengan serta pengubahan wang haram.

Dana puluhan juta baht disalurkan melalui akaun wanita terbabit

Screenshot 2026 09 11 143909

The Nation melaporkan bahawa polis percaya sebahagian daripada wang tersebut telah ditukar kepada bentuk lain atau disembunyikan menggunakan nama individu lain.

Pemeriksaan awal juga mendapati puluhan juta baht didakwa mengalir melalui akaun bank wanita berkenaan setiap tahun.

Polis kini sedang menjejaki transaksi-transaksi terdahulu bagi menentukan dari mana wang tersebut datang, siapa yang menerimanya dan sama ada terdapat aset lain yang dibeli menggunakan dana kuil itu.

Kantoi rakaman CCTV sami dan wanita tersebut melakukan hubungan seks

Screenshot 2026 09 11 144007

Dalam proses siasatan kes kewangan yang dilakukan, ia kemudiannya telah membuatkan polis tertumpu kepada rakaman CCTV dari tempat tinggal sami tersebut.

Rakaman tersebut memperlihatkan sami itu melakukan “perbuatan intim” bersama wanita tersebut. Selepas kedua-duanya ditahan, pegawai polis meneruskan pemeriksaan di kawasan kuil bagi mencari bukti tambahan.

Polis berkata, siasatan turut diperluaskan untuk meneliti individu lain, akaun bank serta aset yang mungkin mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Sumber: Stomp.sg

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved