Seorang sami berusia 66 tahun yang merupakan ketua sebuah kuil terkenal di Ayutthaya, Thailand, ditahan polis selepas didakwa menyeleweng dana kuil berjumlah 92 juta baht (sekitar RM12 juta).
Sami berkenaan ditahan pada Khamis bersama seorang pembantu wanita yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengannya.

Menurut laporan, polis turut menemukan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakam di kediaman sami berkenaan dan didakwa menunjukkan dia bersama pembantu wanita tersebut dalam keadaan melakukan hubungan seksual.
Penahanan itu dilakukan susulan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana kuil berkenaan.
Sami terbabit sebelum ini didakwa menggunakan atau memindahkan sebahagian dana kuil kepada wanita tersebut, manakala pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan aliran wang serta aset yang dipercayai berkaitan dengan kes berkenaan.
Polis turut dilaporkan sedang mengumpul bukti tambahan bagi melengkapkan siasatan terhadap kedua-dua individu terbabit. – The Bangkok Post
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki Malaysia Didakwa Kahwin Tukang Urut Thailand, Isteri Pertama Tak Tahu - "Macam Pond*n Je Skandal Tu"
The post Sami Usia 66 Tahun Ditahan Didakwa Seleweng RM12 Juta, Rakaman S*ks Di CCTV Bersama Pembantu Wanita Turut Tular first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






