“Sakit hati ya tengok kami tak jadi cerai, bahagia..-” Fara Salleh

LocalEntertainment
26 Aug 2024 • 1:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh selar sikap segelintir netizen yang seolah-olah berharap dia bercerai dengan suaminya berhubung konflik rumah tangga yang dialaminya, baru-baru ini.

Ujar Farah, netizen tidak perlu mengikutinya lagi di media sosial sekiranya tidak suka dengan keputusannya yang memilih untuk kembali berbaik dengan Shuk.

Fara Salleh

image is not available

“Ada butang unfollow dan block di Instagram. Buat mereka yang tak suka saya atau tak suka saya kembali kepada suami dan betulkan perhubungan kami, tolong jauhkan diri dari Instagram saya.

“Jangan komen yang mengarut di sini,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, menerusi sebuah hantaran terbaharu, Fara turut menempelak komen seorang netizen yang menyindirnya apabila dia kini menjernihkan semula hubungan dengan suami.

Fara Salleh

image is not available

“Sakit hati ya tengok kami tak jadi cerai. Sakit hati tengok kami bahagia, eh? Alhamdulillah Allah Baik,” balasnya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat ramai apabila Fara cuba mencari jalan penyelesaian konflik mereka namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang.

Bagaimanapun, Shuk dan Fara memilih jalan berdamai dengan menunaikan ibadah umrah bersama.

image is not available

image is not available

Sekadar info, Fara dan Shuk berkahwin pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak tersebut.

Sebelum ini, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Sumber: Instagram @Fara Salleh