Shuk Sahar & Fara Salleh Tunai Umrah Bersama, Netizen Lega Hubungan Dah Pulih

Entertainment
23 Aug 2024 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam kehangatan konflik rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh, dilihat pasangan ini memilih untuk berdamai setelah kedua-duanya dikatakan sedang mengerjakan ibadah umrah.

Ia dapat dilihat menerusi perkongsian mereka di Instagram di mana Shuk Sahar menunjukkan mereka berdua berada di hadapan Masjid Nabawi.

“Alhamdulillah diizinkan Allah”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_sahar)

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen mendoakan agar pasangan ini dapat bertemu jalan penyelesaian yang terbaik dan berharap agar mereka kekal hubungan sebagai suami isteri.

Bahkan, rakan artis, Aiman Tino juga turut mendoakan mereka dapat mengerjakan ibadah umrah yang mabrur serta menasihati agar fokus pada ibadah serta abaikan segala komen negatif di media sosial.

image is not available image is not available image is not available

Doa yang baik-baik sahaja buat mereka.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.