Salah guna kuasa: Lima termasuk pengerusi bergelar Datuk direman 4 hari

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 12:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Salah guna kuasa: Lima termasuk pengerusi bergelar Datuk direman 4 hari

GEORGE TOWN : Lima individu termasuk seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah membabitkan kerugian kira-kira RM1.96 juta direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Idayu Salim bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 selepas keempat-empat suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

Difahamkan, selain pengerusi bergelar Datuk yang berusia dalam lingkungan 50-an itu, turut direman ialah dua pengarah syarikat serta masing-masing seorang pengurus teknikal dan kerani wanita di agensi berkenaan.

Suspek pertama iaitu pengerusi terbabit ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah sebelum ini untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki milik sekutunya.

Suspek yang sama juga dikatakan telah menggunakan kedudukannya dengan terlibat dalam meluluskan penjualan tanah tersebut pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran yang membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan secara berperingkat antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari di pejabat SPRM negeri semalam dan penahanan mereka juga telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman.-UTUSAN

The post Salah guna kuasa: Lima termasuk pengerusi bergelar Datuk direman 4 hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved