Salah guna kuasa urusan pelupusan tanah: Pengerusi, pengarah syarikat antara lima individu direman

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 1:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Salah guna kuasa urusan pelupusan tanah: Pengerusi, pengarah syarikat antara lima individu direman
Lima individu direman empat hari untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian di Pulau Pinang. Foto SPRM
Image from: Salah guna kuasa urusan pelupusan tanah: Pengerusi, pengarah syarikat antara lima individu direman
Lima individu direman empat hari untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian di Pulau Pinang. Foto SPRM
Image from: Salah guna kuasa urusan pelupusan tanah: Pengerusi, pengarah syarikat antara lima individu direman
Perintah reman sehingga 24 Ogos terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Noor Idayu Salim. Foto SPRM

GEORGETOWN - Lima individu membabitkan seorang pengerusi, dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani direman empat hari untuk siasatan kes penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian di Pulau Pinang.

Perintah reman sehingga 24 Ogos terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Noor Idayu Salim selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Georgetown di sini pada Jumaat.

Menurut sumber, empat suspek lelaki dan seorang suspek wanita berusia dalam lingkungan 40 dan 50-an telah ditahan antara jam 11 pagi dan 12 tengah hari pada Khamis, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

**media[3621687]**

“Suspek pertama seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan dipercayai bersubahat bersama empat lagi suspek dengan menyalahgunakan kedudukannya ketika itu sebagai timbalan pengerusi dan ahli lembaga pengarah untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Prai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki milik sekutunya.

“Suspek terbabit juga dipercayai menggunakan kedudukannya meluluskan penjualan tanah tersebut pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta,” katanya.

**media[3621688]**

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved