Salah guna lorong kecemasan, 17 saman dikeluarkan di Klang

1 Nov 2026 • 1:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Salah guna lorong kecemasan, 17 saman dikeluarkan di Klang

SHAH ALAM, 1 NOV: Sebanyak 17 saman dikeluarkan terhadap pemandu yang dikesan menyalahgunakan lorong kecemasan di Jalan Pintasan Pelabuhan Utara, Klang, semalam.

Polis Klang Selatan memaklumkan saman berkenaan dikeluarkan dalam operasi penguatkuasaan trafik selama sejam bermula jam 5.30 petang.

Menurutnya, operasi dijalankan tiga anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Klang Selatan bagi membanteras penyalahgunaan lorong kecemasan.

"Perbuatan sedemikian bukan sahaja melanggar peraturan jalan raya, malah boleh mengundang bahaya serta menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Sebarang penyalahgunaan laluan tersebut boleh menyebabkan kelewatan bantuan kecemasan dan berpotensi mengancam nyawa mereka yang memerlukan pertolongan segera," menurut pihak berkuasa itu di Facebook.

Sehubungan itu, polis mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak menjadikan lorong kecemasan sebagai laluan pintas ketika berdepan kesesakan trafik.

Polis Klang Selatan turut menegaskan pemantauan dan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved