Salah Timang Anak Lelaki Pertama

4 Sep 2026 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Mohamed Salah kini melalui satu lagi detik manis dalam hidup selepas menyambut kelahiran anak ketiganya bersama isteri, Magi.

Lebih istimewa, bayi yang dinamakan Lail itu merupakan anak lelaki pertama Salah selepas sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Salah tinggalkan Turkiye selepas perlawanan

Image from: Salah Timang Anak Lelaki Pertama

Perkara itu dikongsikan Presiden Trabzonspor, Ertuğrul Doğan selepas perlawanan pusingan ketiga liga kelab Turkiye menentang Amedspor.

Menurut Doğan, Salah dan André Onana meninggalkan Turkiye selepas perlawanan kerana isteri dijangka melahirkan anak.

Selepas perlawanan menentang Amed, kami pergi ke luar negara bersama Onana dan Salah. Onana menyambut kelahiran anak kembar, manakala Salah menyambut kelahiran bayi lelaki. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga dan isteri mereka.- Katanya.

Nama Lail diberikan kepada anak lelaki pertama Salah

Image from: Salah Timang Anak Lelaki Pertama

Berita mengenai nama cahaya mata baharu itu pula dikongsikan Rabab Salah di Instagram menerusi sekeping gambar topi bayi berserta ucapan tahniah buat abangnya.

Kelahiran Lail melengkapkan keluarga Salah dan Magi dengan tiga orang anak. Pasangan yang berkahwin sejak 2013 itu terlebih dahulu dikurniakan Makka pada 2014 sebelum menyambut Kayan enam tahun kemudian.

The post Salah Timang Anak Lelaki Pertama appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved