Sampah tak lagi ‘berkampung’ di ladang Felda

LocalEnvironment
23 Sep 2026 • 2:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sampah tak lagi ‘berkampung’ di ladang Felda

GUA MUSANG – Masalah pembuangan sampah di kawasan ladang yang berlarutan di tiga Rancangan Felda Gugusan Aring, Chiku dan Perasu di daerah ini dijangka dapat diatasi menerusi pelaksanaan sistem kutipan sisa pepejal dari rumah ke rumah.

Pengarah Felda Wilayah Gua Musang, Mohd. Ardi Baharom berkata, sistem kutipan yang dilaksanakan di tiga kawasan itu diwujudkan bagi memenuhi hasrat peneroka yang disuarakan sejak 2022.

“Dengan sistem kutipan ini, sampah akan dikutip dari rumah ke rumah peneroka dan kakitangan Felda sebelum diperluaskan secara berperingkat ke kawasan perniagaan. Kita berharap pelaksanaan itu dapat menarik lebih ramai peneroka menyertai sistem kutipan sisa pepejal, sekali gus memastikan kawasan Felda lebih bersih,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Pengurusan Sisa Pepejal di Wisma Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Chiku 1 di sini hari ini.

Mohd. Ardi memberitahu, seramai 1,632 daripada 3,114 keluarga peneroka di ketiga-tiga zon berkenaan kini menyertai sistem kutipan yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Daerah Gua Musang dan peneroka dikenakan bayaran RM35 sebulan bagi setiap tong. – KOSMO! ONLINE

The post Sampah tak lagi ‘berkampung’ di ladang Felda appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved