“Sampai Punya, Jaga Diri!” – Ardell Aryana Menghampiri Red Zone, Nadzmi Adhwa Cuba Tahan Sebak Buat ‘Live’ Bersama

WorldEntertainment
1 Oct 2025 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Nadzmi Adhwa telah mencuri perhatian ramai selepas perbualannya bersama isteri, Ardell Aryana sewaktu membuat live bersama tular di platform media sosial.

Dapat dilihat melalui potongan klip daripada live yang dilakukan, Nadzmi dilihat cuba menahan sebak sambil ditemani anak mereka, tetapi sempat memberi kata-kata semangat buat Ardell.

 

View on Threads

 

Sampai punya, jaga diri. Semangat!

Dalam pada masa yang sama, individu yang berkongsikan video tersebut di platform Threads, memohon agar orang ramai tidak berhenti mendoakan keselamatan Ardell serta pasukan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla susulan sudah makin hampir ke kawasan Red Zone.

Meninjau di ruangan komen hantatan tersebut, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat situasi tersebut dan menitipkan doa agar perjalanan Ardell dipermudahkan.

image is not available 2025-10-01 11:00:16

Kapal Isr*el Menghampiri & Bersiap Sedia Untuk Pintas Kapal GSF - "Mereka Akan Pindahkan Aktivis Ke Kapal Perang Besar"