Samseng bola sepak diburu

LocalFootball
31 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Samseng bola sepak diburu

MELAKA – Polis sedang mengesan beberapa individu terlibat dalam kejadian merosakkan sebuah kereta selepas menyaksikan perlawanan Liga Super antara Melaka FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, dalam kejadian berlaku pada 10.48 malam semasa mangsa berusia 22 tahun dan rakannya 19 tahun dalam perjalanan keluar dari kawasan parkir stadium untuk pulang ke Seremban, Negeri Sembilan.

“Ketika melalui jalan susur keluar stadium, seorang lelaki tidak dikenali yang memakai baju hitam dan seluar jean biru dikatakan datang dari arah kanan jalan dan menendang kereta Toyota Vios merah dinaiki mangsa.

“Selepas itu, mangsa diekori suspek bersama-sama beberapa motosikal lain sebelum mereka bertindak merosakkan bahagian belakang kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Halim berkata, mangsa memberhentikan kereta di hadapan sebuah restoran di Krubong dan seorang daripada suspek menghentak bahagian hadapan kereta menggunakan tangan sebelum mangsa meninggalkan kawasan itu.

Suspek dipercayai terus mengekori mangsa dan memukul cermin belakang kereta menggunakan topi keledar sehingga pecah serta terus menyerang dan merosakkan kenderaan itu ketika mangsa berhenti di hadapan sebuah klinik di Krubong.

“Mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dengan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – Bernama

The post Samseng bola sepak diburu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved