Kereta penyokong dikejar selepas perlawanan Melaka FC, Negeri Sembilan FC

31 Aug 2026 • 4:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kereta penyokong dikejar selepas perlawanan Melaka FC, Negeri Sembilan FC

MELAKA – Seorang penyokong bola sepak dan rakannya berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka diserang sekumpulan penunggang motosikal selepas keluar dari Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, malam tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 10.48 malam ketika mangsa yang berusia 22 tahun dan rakannya 19 tahun dalam perjalanan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan selepas menyaksikan perlawanan Liga Super antara Melaka FC dan Negeri Sembilan FC.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, kejadian dikatakan bermula apabila seorang lelaki tidak dikenali telah menghampiri kereta mangsa jenis Toyota Vios sebelum tiba-tiba menendang kenderaan tersebut.

“Mangsa kemudiannya memberhentikan kenderaan di hadapan sebuah restoran, namun seorang lagi suspek yang memakai baju lengan panjang warna hijau dan berseluar hitam bertindak menghentak bonet hadapan kereta menggunakan tangan.

“Mangsa yang juga seorang akauntan kemudiannya meneruskan perjalanan untuk melarikan diri, namun suspek masih mengekorinya sebelum memukul cermin belakang kereta menggunakan topi keledar sehingga pecah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya, ketika mangsa berhenti di hadapan sebuah klinik 24 jam di Krubong, suspek terus menyerang dan merosakkan kenderaan tersebut sebelum mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak.

“Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang menjalankan risikan bagi mengenal pasti serta mengesan suspek yang terlibat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, satu klip video dipercayai berkaitan kejadian itu turut tular di Threads memaparkan sekumpulan penunggang motosikal mengejar kereta Vios mangsa dari arah sebuah restoran menyebabkan kenderaan itu melanggar lampu isyarat merah disyaki untuk melarikan diri. – KOSMO! ONLINE

The post Kereta penyokong dikejar selepas perlawanan Melaka FC, Negeri Sembilan FC appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved