Seperti ramai sedia maklum, Samsung sedia mengadakan acara Galaxy Unpacked dua kali setahun. Pada awal tahun, Samsung akan memperkenalkan siri Galaxy S, sementara pada pertengahan kedua tahun pula, mereka akan memperkenalkan siri telefon boleh-lipat.
The next Galaxy Unpacked: 9 July 2025 @ 10AM EDT
Terbaru, mengikut desas-desus, Samsung dijangka menjadualkan siri telefon boleh-lipat seterusnya pada 9 Julai 2025 kelak. Samsung kebiasaannya akan memperkenalkan dua telefon pintar pada acara berkenaan, iaitu Galaxy Z Fold dan juga Galaxy Z Flip.
Disamping itu, kita juga mungkin melihat aksesori seperti jam tangan pintar diperkenalkan pada acara berkenaan. Ia tidak diketahui sama ada set XR pertama mereka turut akan dilancarkan pada acara sama atau acara berbeza.
Buat masa ini, Samsung masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi berkaitan acara ini, dan dijangka dilakukan dalam masa terdekat ini.




