Selain Samsung Galaxy S25 FE, tablet mercu Samsung Galaxy Tab S11 dan Samsung Galaxy Tab S11 Ultra juga dilancarkan petang ini. Kita mulakan dengan Samsung Galaxy Tab S11 Ultra terlebih dahulu kerana ia peranti paling mercu yang dilengkapi skrin 14.6″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, dijana cip Dimensity 9400+, memori 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 11,600 mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 13MP dan lensa ultra lebar 8MP sementara di hadapan pula kamera swafoto 12MP disertakan. Terdapat sokongan menambah storan sehingga 2TB menggunakan kad microSD.

Samsung Galaxy Tab S11 pula dilengkapi skrin 11″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, dijana cip Dimensity 9400+, memori 12GB RAM, storan 256GB dan bateri 8,400 mAh yang menyokong pengecasan 45W. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 13MP dan kamera swafoto pula sebesar 12MP. Seperti pada Tab S11 Ultra, Terdapat sokongan menambah storan sehingga 2TB menggunakan kad microSD.

Kedua-dua peranti menyokong stylus S-Pen tetapi ia tidak mempunyai ciri tambahan bluetooth. S Pen dikemaskini dengan tubuh lebih berkotak dan mata pena yang ditambah baik. Ia masih boleh disambungkan ke sisi tablet menggunakan magnet terbina.

Aksesori lain yang ditawarkan oleh Samsung ialah Book Cover Keyboard Slim dan Book Cover Keyboard yang menambah papan kekunci fizikal menjadikan tablet ini sebuah komputer riba menerusi mod Samsung DeX. Sistem operasi yang digunakan ialah One UI 8 berasaskan Android 16. Ciri AI yang boleh diakses menerusi tablet ini ialah Gemini, Circle to Search, Writing Assist, Drawing Assist dan banyak lagi.

Di Malaysia harga jualan peranti adalah seperti di bawah dengan ia akan ditawarkan bermula 19 September dalam warna Gray dan Silver.
Model Versi Warna Harga (RM) Galaxy Tab S11 WIFI 12GB + 256GB
Gray,SilverRM 3,899 Galaxy Tab S11 5G 12GB + 256GB RM 4,399 Galaxy Tab S11 Ultra WIFI 12GB + 256GB RM 5,999 Galaxy Tab S11 Ultra WIFI 12GB + 512GB RM 6,499 Galaxy Tab S11 Ultra 5G 12GB + 256GB RM 6,499 Galaxy Tab S11 Ultra 5G 12GB + 512GB RM 6,999

