Samsung Galaxy M54 dengan bateri 6,000mAh, kini ada percuma banyak sarung telefon

Digital
13 Dec 2023 • 8:22 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung Malaysia akhirnya mengumumkan ketibaan telefon pintar Galaxy M54 ke Malaysia, sempena jualan 12.12 baru-baru ini. Galaxy M54 sebenarnya telah lama dilancar di negara lain, antaranya di Timur Tengah sejak bulan Mac lepas.

Seperti siri Galaxy M yang lain, telefon ini hanya dijual secara eksklusif atas talian, di Stor Rasmi Samsung di Lazada sahaja. Tidak terdapat di kedai fizikal Samsung mahu pun pengedar Samsung yang lain.

Harga dan Promosi Galaxy M54

Dalam senarai yang terdapat di Lazada, Samsung Galaxy M54 datang dengan RAM 8GB dan storan 256GB berharga RM2,099. Tetapi ia kini dalam promosi sehingga 14 Disember 2023, dengan diskaun RM500 menjadikan harganya cuma RM1,599.

Tambah menarik lagi, Samsung Malaysia turut memberikan hadiah percuma yang agak luar biasa untuk pembeli Galaxy M54. Hadiah bernilai RM312 ini adalah 8 unit sarung telefon lutsinar.

Memang mengejutkan kerana jenama lain sering memberi satu sarung telefon lutsinar di dalam kotak. Tetapi Samsung menawarkan 8 unit sarung telefon, memudahkan pengguna untuk menukarnya jika ia rosak atau tercalar.

image is not available

Spesifikasi Samsung Galaxy M54

Biasanya, siri Galaxy M tidak lari jauh daripada siri Galaxy A iaitu peranti kelas pertengahan. Bagi Galaxy M54, ia sebenarnya berkongsi banyak persamaan dengan Galaxy A54. Paling utama adalah pengguna cip pemproses Samsung Exynos 1380, serta RAM 8GB dan storan 256GB, bersama slot kad mikroSD.

image is not available
Skrin Super AMOLED Plus Galaxy M54

Di skrin ia sedikit berbeza. Galaxy M54 memiliki skrin Super AMOLED Plus 6.7-inci 120Hz dengan resolusi HD Penuh. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Lubang kecil di atas skrin pula memuatkan kamera hadapan 32MP. Kamera belakang ada tiga iaitu kamera utama 108MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4.

image is not available
Kamera Galaxy M54

Kelebihan utama Galaxy M54 berbanding Galaxy A54 adalah kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 6,000mAh. Tetapi ia menyokong pengecasan pantas yang serupa iaitu pada 25W sahaja, melalui USB-C. Malah, pengecas tidak diberikan dan perlu dibeli berasingan.

Satu lagi kekurangan yang ketara adalah tiada speaker stereo. Selain itu, tidak dinyatakan ia kalis air dan debu, jadi boleh disimpulkan Galaxy M54 tidak boleh masuk ke dalama air.

image is not available
Bateri Galaxy M54

Sistem operasi yang digunakan Galaxy M54 adalah Samsung One UI 5.1 berasaskan Android 13. Sama seperti sebelumnya, ia pasti akan menerima kemaskini keselamatan selama 5 tahun dan kemaskini OS sebanyak 4 kali.

Walaupun diperkenal dalam beberapa warna, senarai di Lazada menunjukkan hanya ada satu warna disediakan untuk Galaxy M54 iaitu biru gelap. Sementara tiada rujukan di laman web Samsung Malaysia, anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang telefon ini di laman web Samsung Indonesia.

image is not available
Warna Galaxy M54

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan