
Samsung turut memperluas barisan peranti boleh pakai lasak mereka dengan memperkenalkan Galaxy Watch Ultra2. Model baharu ini mengekalkan DNA reka bentuk siri Ultra, namun hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa bagi memenuhi keperluan pengguna aktif dan profesional.

Galaxy Watch Ultra2 dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 1.52 inci dengan resolusi 498 × 498 pixel, serta mampu mencapai kecerahan sehingga 5000 nits. Keupayaan ini menjadikannya antara skrin jam tangan paling terang di pasaran sekali gus memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Dari segi prestasi, ia dikuasakan oleh cip Snapdragon Wear Elite, yang menurut Samsung menawarkan respons lebih pantas dan kecekapan tenaga yang lebih baik. Ketahanannya turut dipertingkat melalui sokongan 10 ATM dan piawaian EN13319 yang menjadikannya sesuai untuk penggunaan dalam aktiviti menyelam. Jam ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 800mAh untuk memberikan jangka hayat lebih panjang berbanding generasi sebelumnya.

Samsung turut memperkenalkan ciri kesihatan generasi baharu seperti Daily Cardio Load, Fitness Index, Heart Health Score dan Hearing Protection. Fungsi Vitals pula memantau kadar nadi, perubahan masa antara setiap degupan jantung (Heart Rate Variability), oksigen darah, suhu kulit dan kadar pernafasan bagi memberi gambaran kesihatan yang lebih menyeluruh.
Dalam masa yang sama, Galaxy Watch Ultra2 menawarkan beberapa kelebihan khusus berbanding Galaxy Watch9, termasuk mod Trail Run yang menyediakan navigasi laluan, panduan pendakian, peringatan hidrasi dan amaran titik pemeriksaan. Ia turut menyertakan mod Ocean Diving, yang boleh diaktifkan secara automatik bagi membolehkan pemantauan menyelam dilakukan dengan lebih tepat.
Jam ini turut menyokong sambungan terus kepada sensor kuasa, irama kayuhan dan kelajuan bagi memenuhi keperluan atlet profesional. Ciri Raise to Talk pula membolehkan pengguna berinteraksi dengan Gemini atau Bixby hanya dengan mengangkat pergelangan tangan, menjadikan pengalaman penggunaan lebih intuitif.
Sistem operasi yang digunakan ialah One UI 9 Watch berasaskan Wear OS 7. Oleh pelbagai ciri Gemini Intelligence seperti menyeru Gemini, melakukan suntingan gambar dengan Nano Banana, dan melakukan pesanan makanan terus daripada jam boleh dilakukan.

Bagi yang berminat, Galaxy Watch Ultra 2 ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,399 dengan dua pilihan warna Titanium Silver dan Titanium Gray serta tiga pilihan tali Marine Band berasaskan silikon, PeakForm Band daripada bahan premium hibrid dan Trail Band klasik yang memberikan keselesaan untuk aktiviti luar seperti berlari.
Di Malaysia pratempahan dibuka hari ini 22 Julai dengan jualan terbuka pada 12 Ogos. Samsung Malaysia menawarkan hadiah seperti di bawah kepada pelanggan yang melakukan pratempahan.
- Eksklusif pembeli awal (Early-bird): Tebus sepasang kasut HOKA Clifton Pro bernilai RM729 (“Baucar HOKA”)
- Pek Pengembaraan Khas dengan hadiah:
- Tali Jam Watch Ultra2 Peakform bernilai RM399
- Penyesuai Kuasa 25W bernilai RM89
- Pek Bateri 10,000mAh bernilai RM159
- Armband Larian Prestasi bernilai RM89
- Percubaan percuma Strava selama 60 hari
- Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM200
- Diskaun Samsung Members bernilai sehingga RM1,019
- Baucar Pendaftaran Minat bernilai sehingga RM120
- Diskaun PWP sebanyak 10% apabila dibeli bersama Siri Galaxy Z atau S terpilih
- Diskaun PWP sebanyak 30% untuk Tali Jam Galaxy Watch terpilih apabila dibeli bersama Watch Ultra2





