Samsung Galaxy Z Flip8 turut diumumkan pada hari ini sebagai penerus kepada peranti boleh katup ikonik mereka. Model baharu ini mengekalkan rekaan dan konsep yang sama seperti generasi sebelumnya namun Samsung menekankan bahawa peranti tersebut kini hadir dengan tubuh yang lebih ringan serta lebih nipis.

Galaxy Z Flip8 membawakan gabungan dua skrin iaitu skrin utama bersaiz 6.9 inci apabila dibuka sepenuhnya dan skrin luar 4.1 inci. Kedua-duanya menggunakan panel AMOLED dengan kadar segar semula tinggi bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar. Peranti ini dipadankan dengan cip Exynos 2600 bersama padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Walaupun hadir dengan tubuh yang lebih ringan, Samsung masih memuatkan bateri berkapasiti 4300mAh. Bateri ini menyokong pengecasan pantas 25W berwayar dan 15W nirwayar. Galaxy Z Flip8 juga dilengkapi sistem dwi‑kamera 50MP + 50MP yang menerima sokongan pemprosesan imej berasaskan AI lebih baik untuk meningkatkan tangkapan gambar khususnya dalam keadaan pencahayaan yang mencabar. Kamera swafotonya pula menggunakan tetapan 10MP.

Tubuh Z Flip8 melepasi piawaian IP48 seperti model tahun lalu dan terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa di sisi kanan. Berdasarkan spesifikasi, yang diubah tahun ini hanyalah pemproses dengan selainnya masih sama dengan Z Flip7.

Peranti menggunakan sistem operasi One UI 9 berasaskan Android 17, yang menjadikan siri Z Fold8 dan Z Flip8 pertama kali dalam sejarah menerima versi Android baharu semasa dilancarkan. Ia turut menjadi pertama dijual dengan Android 17. Sebelum ini Samsung hanya menawarkan versi baharu pada siri Galaxy S terlebih dahulu.
Harga jualan rasmi di Malaysia adalah seperti berikut dalam pilihan warna Graphite, Cream, Pink dan Mint.
| Storan | Harga |
| 256GB | RM 5,399 |
| 512GB | RM 6,199 |
Pratempahan kini dibuka bermula hari ini, dan pelanggan yang layak boleh menikmati pelbagai promosi menarik. Tawaran tersebut merangkumi rebat eksklusif sehingga RM800, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400, rebat segera RM500 melalui kad bank terpilih serta Samsung Reservation+ Voucher bernilai RM250.
Selain itu, pelanggan turut berpeluang mendapatkan pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan di bank yang mengambil bahagian. Mereka yang membuat pembelian dalam tempoh pratempahan ini juga boleh memperoleh aksesori Samsung Galaxy terpilih dengan potongan harga sehingga 30%, menjadikan ke






