Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, Samsung telah berusaha menggabungkan kelebihan tablet dengan kemudahan telefon pintar dalam siri Galaxy Fold. Setiap model baharu hadir dengan engsel lebih kukuh dan skrin yang lebih tahan lasak bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

Seiring dengan perkembangan teknologi, peranti mereka kini menjadi lebih nipis, ringan dan tahan lasak berbanding model terdahulu. Begitu juga dengan siri Samsung Galaxy Z akan datang yang dijangka menjadi telefon boleh lipat paling canggih kelak. Malahan, reka bentuknya turut dibina dengan teliti untuk ketahanan serta prestasi terbaik.
Samsung kini berdepan persaingan sengit dalam pasaran telefon boleh lipat. Walaupun pengeluar lain telah memperkenalkan peranti yang lebih nipis dan ringan. Samsung pula masih mengekalkan reka bentuk yang hampir sama sejak beberapa generasi.

Setakat ini, tiada spesifikasi rasmi mengenai Galaxy Z Fold7 tetapi khabar angin menyatakan ketebalannya mungkin sekitar 9mm. Beratnya juga belum diketahui, tetapi vivo telah mengacah peranti X Fold5 yang dikatakan lebih ringan berbanding X Fold3 tahun lalu. Ini menunjukkan bahawa Samsung perlu bersaing lebih agresif dalam aspek ketebalan dan berat peranti.
