Samsung Melancarkan Program Beta Untuk One UI 8 Berasaskan Android 16

TechnologyDigital
29 May 2025 • 7:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung baru sahaja memulakan pengenalan One UI 7 untuk beberapa peranti di pasaran. Walaupun masih belum banyak peranti yang menerimanya, kini Samsung bergerak pantas, dan telah mengumumkan pelancaran program beta untuk One UI 8.

OneUI 8 akan berasaskan kepada Android 16 yang bakal dilancarkan, dimana ia akan menyertakan pembaharuan dari segi antaramuka, selain kemaskini untuk integrasi kecerdasan buatan.

Samsung mengatakan One UI 8 akan mengenal-pasti kaedah penggunaan anda, dan menawarkan pelbagai perkara dan cadangan berasaskan kepada rutin harian anda. One UI 8 turut menambah sokongan Auracast, iaitu kebolehan sambungan audio melalui imbasan kod QR, selain memudahkan sebarang proses pendaftaran dengan hanya mengimbas kod QR atau NFC melalui Samsung Account.

Buat masa ini, Samsung menawarkan akses beta untuk One UI 8 ini bagi peranti siri Galaxy S25 di beberapa buah negara, termasuk Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Malaysia tidak termasuk dalam senarai yang menerima akses beta ini.