Mod Desktop Android 16 Diperlihatkan

TechnologyDigital
22 May 2025 • 10:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Android 16 akan mempunyai mod desktop seakan Samsung DeX. Ini didedahkan beberapa bulan lalu selepa Android 16 Beta diberikan kepada pembangun. Semalam, Google akhirnya memperlihatkan rekaan akhir untuk mod desktop ini serta beberapa ciri yang akan disokong.

image is not available

Google mengesakan mod desktop dibangunkan dengan kerjasama Samsung yang sudah menawarkan DeX sejak 2017. Dalam mod desktop, terdapat satu taskbar di bawah skrin dengan pintasan untuk melancarkan beberapa aplikasi mirip antaramuka Chrome OS. Seperti DeX, ikon aplikasi yang telah dibuka juga akan dipaparkan dalam taskbar. Di sebelah kiri pintasan aplikasi pula diletakkan butang untuk talam aplikasi yang terpasang dalam peranti.

image is not available

Google mengatakan aplikasi yang dibangunkan dengan saiz reaktif akan secara automatik berubah mengikut saiz tingkap dalam mod desktop. Sokongan saiz reaktif telah diusahakan oleh Google sejak mereka ingin menyokong peranti skrin lipat menerusi Android 12L. Perubahan saiz aplikasi yang sama kemudiannya akan turut disokong dalam Android auto dan Android XR.

Yang masih menjadi tanda tanya ialah sama ada mod desktop Android 16 akan disokong semua peranti yang menggunakan sistem operasi ini. Samsung DeX sebagai contoh hanya disokong peranti kelas mercu siri Galaxy S dan Galaxy Z sahaja pada ketika ini.