Samsung Memperlihatkan Prototaip Skrin Boleh-Lipat Yang Lebih Nipis Berbanding Fold4

TechnologyDigital
18 Jan 2023 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kami laporkan beberapa hari yang lalu bahawa Samsung Galaxy Z Fold4 akan mempunyai mekanisme lipatan baharu bagi menghasilkan peranti yang lebih nipis. Engsel dikemaskini dengan skrin yang tiada lagi kesan lipatan yang ketara.

image is not available

Laman Never melaporkan, prototaip peranti skrin boleh-lipat baharu yang lebih nipis ini telahpun diperlihatkan ketika acara CES yang baru sahaja berakhir minggu lalu. Dapat dilihat perbezaan ketebalan ketara antara Galaxy Z Fold4 dan prototaip ini.

Sekilas pandang ia adalah mirip Magic Vs dan Mi Fold yang terlebih dahulu menggunakan mekanisme engsel yang melipat skrin ke bentuk titisan air bagi membolehkan rekaan lebih nipis digunakan.

Samsung perlu menggunakan rekaan baharu ini memandangkan sejak empat versi Fold sebelum ini, ia masih tidak cuku nipis serta mempunyai isu kesan lipatan yang ketara pada skrin dalaman.