Samsung Mengesahkan Kewujudan Pemproses Exynos 2500

TechnologyDigital
1 Aug 2024 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kewujudan pemproses Exynos 2500 akhirnya disahkan sendiri oleh Samsung melalui laporan kewangan terkini syarikat. Samsung juga mengesahkan bahawa pemproses baharu ini akan digunakan pada peranti mercu akan datang. Dalam masa sama akan terus memberi keutamaan dalam memastikan bekalan cip adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan dan sebagainya.

image is not available

Maklumat yang dikongsi masih lagi terhad dengan ia dibina dengan teknologi 3nm yang menggunakan proses Gate-All-Around (GAA) generasi kedua sekaligus memungkinkan ia mengurangkan sebarang masalah yang berkaitan dengan prestasi dan kecekapan. Ia juga kelak menjadi cip 3nm kedua keluaran Samsung selepas Exynos W1000 yang diumumkan awal Julai lalu.

Besar kemungkinan pemproses baharu ini juga akan menjana barisan peranti baharu Galaxy S25 yang akan datang untuk beberapa pasaran. Selain itu dijangka mempunyai 10 teras CPU dan berpotensi dikembangkan ke dalam produk lain seperti tablet.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved