Spesifikasi Telefon Boleh-Katup Baharu Huawei Nova Flip Tertiris

TechnologyDigital
31 Jul 2024 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei dalam persediaan hadir dengan peranti boleh katup baharu Nova Flip. Ia akan dilancarkan secara rasminya di China pada 5 Ogos akan datang. Jenama itu masih belum mengesahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi. Tetapi ia didapati tertiris lebih awal menerusi perkongsian Digital Chat Station.

image is not available

Peranti dijangka menggunakan panel OLED LTPO 6.79″ pada skrin luar menjadikannya yang terbesar pernah digunakan peranti jenis ini. Ia akan menawarkan resolusi 2690 x 1136 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Kemudian skrin luarnya pula akan mempunyai panel OLED 2.14″ yang berbentuk empat segi dengan kadar segar semula 60Hz. Skrin luar juga dikatakan menyokong banyak fungsi dan kegunaan yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna.

image is not available

Terdapat juga dua bonggol kamera disertakan pada skrin luar peranti yang boleh terdiri dengan 50MP utama dan 8MP ultra-lebar yang juga akan berfungsi untuk makro. Selain itu peranti juga akan mempunyai kamera swafoto 32MP dan bateri 4400mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Pilihan memori pula boleh mencapai 12GB RAM dan storan dalaman 1TB.

image is not available

DCS juga menambah Nova Flip boleh didapati dalam versi kulit yang akan berukuran 15.08mm apabila dilipat dan 6.88mm sewaktu peranti dibuka. Terdapat juga versi kaca yang sedikit tebal dengan masing-masing berukuran 15.12mm dan 6.9mm apabila dilipat serta dibuka.