Samsung Music Studio 7 dan Music Studio 5 Kini Di Malaysia Harga Bermula RM999

DigitalSales & Promo
18 May 2026 • 3:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Music Studio 7 dan Music Studio 5 Kini Di Malaysia Harga Bermula RM999

Dua lalu speaker Music Frame dilancarkan sebagai usaha pertama Samsung untuk menggabungkan sistem audio dengan estetik ruang tamu yang minimalis. Bahagian depan kelihatan seperti bingkai gambar dan ia menyokong ekosistem Q-Series dan SmartThings.

Pagi ini dan Samsung Music Studio 7dan Samsung Music Studio 5 secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan kedua-dua speaker yang menerima sentuhan pereka Erwan Bouroullec. Ia kelihatan minimalis dengan sasaran diletakkan di atas meja kerja atau ruang santai di rumah tetapi pada waktu yang sama kelihatan seperti arca seni yang tidak mengganggu rekaan ruang.

Image from: Samsung Music Studio 7 dan Music Studio 5 Kini Di Malaysia Harga Bermula RM999
Music Studio 7

Music Studio 7 LS71H  ialah model paling mercu menyokong 3.1.1 saluran menerusi pemandu menembak ke kiri, kanan, depan dan atas dalam tubuh berbentuk empat segi. Audio 3D spatial boleh dimainkan dengan bantuan Samsung Audio Lab Pattern Control Technology. Walaupun direka untuk berfungsi secara kendiri, Speaker WiFi ini boleh digunakan juga dengan TV dan soundbar Samsung menerusi sokongan Q-Symphony.

Image from: Samsung Music Studio 7 dan Music Studio 5 Kini Di Malaysia Harga Bermula RM999
Music Studio 5

Music Studio 5 LS51H pula ialah model paling dengan audio 2.1 yang menerima sentuhan Samsung Audio Lab. Sebuah woofer 4″ dipadankan dengan dua pemandu tweeter. Seperti model di atas, speaker ini juga menyokong bluetooth dan WiFi. Saiznya yang lebih kecil dan mempunyai muka depan berbentuk bulat memberikan “wajah” seakan sebuah pemain piring hitam lama yang diletakkan di atas meja kerja.

Di Malaysia Music Studio 7 dijual pada harga RM 1,999 manakala Music Studio 5 pula pada harga RM 1,199 sebuah. Tetapi untuk tempoh terhad rebat ditawarkan maka oleh itu Music Studio 7 ditawarkan harga promosi RM 1,599 dan Music Studio 5 pula pada harga RM 999 sebuah.