Samun bersenjata: Lelaki warga China kerugian RM2.9 juta  

9 Sep 2026 • 1:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Samun bersenjata: Lelaki warga China kerugian RM2.9 juta  

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga China kerugian kira-kira RM2.9 juta apabila rumahnya di Jalan Ampang di sini, diceroboh dan disamun sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian 3 petang kelmarin. 

Susulan itu, polis giat menjalankan operasi mengesan suspek selepas mangsa berusia 28 tahun, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, pada 5.31 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, suspek yang bertopeng dan bersarung tangan melarikan pelbagai barangan berharga serta wang tunai milik mangsa.

“Siasatan awal mendapati beberapa lelaki bertopeng, bersarung tangan dan bersenjatakan pisau menceroboh masuk ke dalam rumah

“Suspek melarikan wang tunai, barangan kemas dan jam tangan mewah dianggarkan bernilai bernilai RM2.9 juta, selain merosakkan telefon bimbit serta melarikan pasport mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, tiada kecederaan serius dilaporkan membabitkan mangsa.

Annas berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN 

The post Samun bersenjata: Lelaki warga China kerugian RM2.9 juta   appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved