Samun kedai emas RM500,000: Dua lelaki direman tujuh hari

19 Nov 2026 • 11:41 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Samun kedai emas RM500,000: Dua lelaki direman tujuh hari

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes samun barang kemas bernilai kira-kira RM500,000 di sebuah kedai emas di Batu Enam, minggu lalu.

Perintah reman sehingga 25 November itu dibenarkan Majistret Nur Akmal Mohd Bakri di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kejadian samun di sebuah kedai emas pada 12 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, premis berkenaan menjadi sasaran dua lelaki yang memakai topi keledar.

Seorang daripada suspek yang membawa parang bertindak mengambil barang kemas manakala rakannya mengawasi keadaan serta pergerakan pekerja di premis tersebut.

Suspek kemudian berjaya melarikan tiga dulang berisi pelbagai barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

The post Samun kedai emas RM500,000: Dua lelaki direman tujuh hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved