Rogol Gadis 14 Tahun, Remaja Mengaku Bersalah 3 Pertuduhan

19 Nov 2026 • 4:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Rogol Gadis 14 Tahun, Remaja Mengaku Bersalah 3 Pertuduhan

KUALA KRAI - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang gadis berusia 14 tahun, termasuk dua pertuduhan merogol mangsa.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Rais Imran Hamid berhubung kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Batu Mengkebang pada 2 dan 10 November lalu.

Mahkamah menetapkan 20 Januari depan untuk penyerahan fakta kes dan laporan kimia sebelum hukuman dijatuhkan.

Mengikut dua pertuduhan pertama, remaja itu didakwa merogol mangsa di sebuah bilik di rumah berkenaan pada jam 12.30 tengah malam, 2 November dan 3.30 pagi, 10 November lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan perbuatan seksual secara fizikal terhadap mangsa yang sama tanpa persetubuhan, di lokasi dan pada tarikh kejadian kedua.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khusyairi Fauzi, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi.

Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 selain memohon tarikh bagi penyerahan laporan kimia dan fakta kes.

Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon agar jumlah jaminan dikurangkan ke kadar minimum dengan mengambil kira usia tertuduh serta keadaan kewangan keluarganya.

Peguam bela memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya tidak lagi bersekolah dan membantu ibunya menoreh getah, dengan pendapatan gabungan mereka hanya sekitar RM100 seminggu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Januari depan bagi penyerahan laporan kimia serta fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan. - Getaran, 19 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved