Samyang Remaster Slim Cuba Menyelesaikan Masalah Jurugambar Membawa Pelbagai Lensa Berat

TechnologyDigital
23 Aug 2024 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apa yang membuatkan saya fokus kepada skill fotografi dengan telefon pintar dan bukan kamera nircermin adalah, dengan kamera saya perlu kerap tukar lensa dan setiap lensa berbeza agak berat dan sukar untuk dibawa ke mana sahaja. Kamera telefon pintar pula hanya aplikasi dan semua jarak fokal boleh mimik secara digital. Terbaru, Samyang iaitu jenama aksesori kamera terkenal cuba menyelesaikan masalah jurugambar membawa pelbagai lensa berat dan mahal dengan Remaster Slim.

image is not available

Remaster Slim adalah lensa boleh-ubah di mana, jurugambar tidak perlu tukar keseluruhan lensa untuk jarak fokal berbeza. Sebaliknya hanya tukar elemen optik iaitu kaca lensa sahaja. Remaster Slim mempunyai saiz 0.8-inci tebal dan setiap elemen optik menggunakan sambungan magnetik. Tiga elemen optik berbeza diberikan untuk jarak fokal berbeza adalah sudut lebar 21mm f/2.8, 28mm f/3.5, dan 32mm f/3.5 untuk fotografi potret dengan kesan bokeh.

image is not available

Menurut Samyang, Remaster Slim memberi hasil fotografi yang lebih lembut dan memberi pengalaman penggunaan kamera analog dengan kawalan zum manual. Remaster Slim direka untuk menyokong E-mount kamera Sony dan dijual di Korea Selatan pada harga KRW308,000 iaitu sekitar RM1008.