Sanusi anggap cadangan PBN Hamzah sekadar 'syok-syok'

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 12:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sanusi anggap cadangan PBN Hamzah sekadar 'syok-syok'
Sanusi ketika berucap pada Ceramah Umum Perdana PN dan BN Parlimen Jempol di Bandar Seri Jempol di sini pada Khamis.

JEMPOL - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan istilah 'Perikatan Barisan Nasional' yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai 'syok-syok'.

Menurutnya, setakat ini perkara berkenaan tiada dalam perbincangan.

"Saya pun tak pernah dengar, cuma dia syok-syok saja kot. Cadangkan, bukan ada perbincangan sampai peringkat itu pun.

"Kita ada parti masing-masing. PN ada partinya, BN ada partinya. PBN itu pula mai ikut mana? Bukan ada parti PBN. Syok-syok sahajalah. Saya anggap itu satu 'perhiasan' sahaja, tidak perlu dibesar-besarkan pun.

"Hal bukan dasar, orang pun tidak ada bincang, dia seorang sahaja cadang-cadang," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai Ceramah Umum Perdana PN dan BN Parlimen Jempol di Bandar Seri Jempol pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ

'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMK

Sebelum ini, Hamzah yang juga Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN) mencadangkan istilah PBN bagi kerjasama berkenaan.

Menurutnya, penggunaan nama tersebut bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat berhubung kerjasama kedua-dua gabungan politik berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved